25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Bom hospital di Gaza kerja gila, tidak berperikemanusiaan – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan pengeboman hospital di Gaza sebagai kerja gila dan tidak berperikemanusiaan.

Anwar berkata, kerajaan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tersebut dan menggesa agar konflik Palestin-Israel dihentikan dengan segera.

Jika dibiar berlarutan kata beliau, akan lebih banyak nyawa yang terkorban khususnya wanita, kanak-kanak dan pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital

“Apapun dituduh, sesiapapun, maknanya ini kesan dari serangan dan perang. Sebab itu kita kata sebaiknya hentikan. Beri masa kita redakan keadaan.

“Kalau teruskan niat mangsanya wanita, kanak-kanak dan pesakit. Ini sudah sampai ke tahap gila dan hilang perikemanusiaan. 

Advertisements

“Paling dikesalkan ialah negara barat cakap soal hak kemanusiaan ia rupanya ada kategori ada manusia kelas satu asa kelas hamba. Dan ini kita bantah sekeras-kerasnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri simposium The Path Towards Greater Prosperity for Malaysia di Putrajaya, hari ini.

Dianggarkan sebanyak 500 nyawa terkorban dalam serangan udara Israel di Hospital Al-Ahli al-Arabi semalam yang pada ketika itu dipenuhi pesakit dan penduduk Palestin yang tumpang berteduh.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, beliau akan mengadakan pertemuan bersama Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman dalam lawatan kerjanya ke Riyadh, esok. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan