Thursday, June 4, 2026

Belanjawan 2024: Kerajaan sedia dengar ulasan, pandangan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Perpaduan terbuka mendengar pelbagai ulasan dan pandangan daripada pelbagai pihak mengenai pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, Jumaat lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merupakan pendirian kerajaan yang sedia membuat penambahbaikan berdasarkan cadangan yang dilontarkan.

“Intipati belanjawan ini perlu ditelaah semua pihak, antaranya sektor swasta.

“Mereka perlu menyambut isyarat daripada kerajaan dengan melaksanakan agihan keuntungan yang lebih adil kepada kakitangan menerusi peningkatan upah dan ganjaran, khususnya syarikat dan konglomerat yang mencatat untung jutaan ringgit setiap tahun,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, beliau hadir dalam pertemuan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya hari ini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali serta beberapa pimpinan lain.

Pada masa sama, dalam ucapan amanatnya itu, Anwar berkata, beliau turut menyatakan hasrat supaya amalan berjimat-cermat menjadi budaya dalam kalangan penjawat awam.

“Ini bagi menghentikan ketirisan dan pembaziran, sama ada dalam skala besar atau sekecil urusan harian di pejabat,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan