26.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Enam nelayan asing bersama dua bot ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA bot nelayan tempatan (BNT) bersama enam nelayan warga asing dipercayai warga negara Myanmar ditahan kerana didapati melanggar syarat sah lesen, petang kelmarin.

Penahanan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Kuala Kurau itu dibuat pada kedudukan 6.37 dan 6.31 batu nautika selatan Kuala Kurau.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, kedua-dua tangkapan itu dilakukan oleh pasukan bot peronda Maritim Malaysia ketika rondaan rutin di perairan Kerian dan Larut Matang.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot pertama menemukan seramai tiga orang nelayan warganegara Myanmar termasuk tekong manakala tiga lagi nelayan berada di bot kedua.

“Kesemua yang ditahan dalam lingkungan umur 22 hingga 35 tahun dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Advertisements

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut ke atas dokumen bot mendapati bot terbabit memiliki lesen namun tidak diusahakan sendiri oleh pemilik dan tiada kebenaran penggunaan kru warga asing yang sah.

Katanya, sebanyak 450 kilogram udang campur turut ditemukan semasa pemeriksaan dilakukan.

“Berikutan itu, kesemua yang ditahan dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 8(b)Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu bot tidak diusahakan sendiri oleh pemilik dan tiada kebenaran penggunaan kru warga asing,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lakukan ‘total cleansing’ kumpulan ajaran sesat, ekstrem agama

PIHAK berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) digesa melakukan total cleansing (sapu bersih) terhadap kumpulan ajaran sesat dan...

Lagi Artikel Berkaitan