25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Piala AFC: Gol Syahmi bantu Terengganu ikat Bali United

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MUHAMMAD Syahmi Zamri muncul wira Terengganu FC apabila jaringan lewatnya membantu Sang Penyu mengikat kelab Indonesia, Bali United, 1-1 dalam aksi Kumpulan G Piala AFC, malam tadi.

Turun tanpa tonggak utama, Ivan Mamut, ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner membariskan Argzim Redzovic di benteng pertahanan dan meletakkan kepercayaan kepada Adisak Kraison bagi mengetuai jentera serangan.

Aksi di Stadium Wayan Dipta, Bali itu menyaksikan kedua-dua pasukan saling mengatur gerak di mana pelawat terlepas peluang apabila hantaran Azam Azmi Murad gagal ditanduk Adisak.

Terengganu terus memberi tekanan namun percubaan Nurillo Tukhtasinov dan Nor Hakim Hassan berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Bali United, Adilson Aguero.

Tuan rumah akhir memecah kebuntuan selepas rehat menerusi jaringan Privat Mbarga, hasil daripada sepakan penjuru pada minit ke-53.

Advertisements

Sedar mereka tidak boleh tewas dalam perlawanan penting tersebut, Steinbruckner melakukan beberapa pertukaran dengan mengeluarkan Adisak dan Engku Nur Shakir Engku Yacob dan memasukkan Omid Nazari serta Syahmi.

Percaturan tersebut nyata berhasil apabila Syahmi menyudahkan gerakan daripada sepakan sudut pada minit ke-85 sekali gus memastikan Terengganu pulang dengan satu mata.

Keputusan tersebut menyaksikan Bali United kekal di tangga teratas kumpulan dengan empat mata diikuti Terengganu yang mengutip jumlah mata yang sama dan hanya dipisahkan menerusi perbezaan jaringan.

Dalam satu lagi aksi kumpulan menyaksikan Central Coast Mariners membelasah Stallions, 9-1. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan