28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Tiba masanya kerajaan kawal barang makanan asas – Dr. Akmal

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERGERAKAN Pemuda UMNO menggesa kerajaan supaya mengawal dan menguruskan sepenuhnya barang makanan asas bagi mengelakkan manipulasi harga oleh pihak tertentu.

Ketua Pemuda, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, dengan cara tersebut akan memberikan lebih kuasa kepada kerajaan dalam menentukan harga barang makanan asas di pasaran.

“Sudah tiba masanya semua barang-barang makanan asas seperti beras, tepung, minyak dan gula dikawal dan diuruskan sepenuhnya oleh kerajaan.

“Bukan diberikan hak sepenuhnya kepada pihak swasta. Kerajaan perlu menentukan bukan ditentukan oleh mereka,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Advertisements

Dr. Muhamad Akmal mengulas kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Fuziah Salleh berhubung kenaikan harga roti keluaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd yang dijadualkan 1 Oktober ini.

Sehingga kini, Kerajaan Perpaduan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyediakan pelbagai inisiatif bagi memastikan rakyat dapat membeli barangan dan makanan pada harga mampu milik di bawah Payung Rahmah.

Antaranya termasuklah Menu Rahmah, Jualan Rahmah dan sebagainya yang dijual di pasar raya, restoran serta dibawa ke kawasan-kawasan tertentu bagi memudahkan rakyat mendapatkannya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan