30.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Kaki kucing tersangkut dalam singki

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PASUKAN Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang kucing apabila kaki ‘si bulus’ itu tersangkut dalam lubang singki di sebuah kediaman sekitar Taman Regency Park, Rawang.

Insiden berkenaan dimaklumkan pemilik kucing kira-kira jam 4.20 petang tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Muhd. Mazuan Idris berkata, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang terus bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerim maklumat.

Advertisements

“Sampai di lokasi, kita dapati kaki seekor kucing terperangkap dalam lubang singki tandas rumah berkenaan.

“Anggota bertindak mengumpil lubang singki menggunakan peralatan khas dan berjaya mengeluarkan kucing itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kucing tersebut diserahkan kepada pemiliknya dalam keadaan selamat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sejauh mana kebebasan universiti dimanfaatkan mahasiswa?

Oleh DR ABDUL MUQIT MUHAMAMMAD KEBEBASAN akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat universiti. Tanpa kebebasan akademik, masyarakat universiti tidak akan...

Lagi Artikel Berkaitan