26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Bomba selamatkan remaja OKU jatuh parit ketika memancing

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PASUKAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang terjatuh ke dalam parit dalam kejadian yang berlaku di Tasik Puteri, Rawang awal pagi tadi.

Sebelum kejadian berlaku dilaporkan remaja yang berusia 16 tahun itu sedang memancing dengan bapanya.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sebaik menerima maklumat, sebuah jentera dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang terus bergegas ke lokasi kejadian.

Advertisements

“Sebaik tiba, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam parit dengan kedalaman empat meter.

“Usaha mencari dan menyelamat mangsa terus dijalankan dan pada jam 6.20 pagi, pasukan penyelamat berjaya menemui mangsa yang berada di tepi parit dalam jarak 30 meter dari tempat mangsa memancing.

“Mangsa yang ditemui berada dalam keadaan selamat,”katanya menerusi kenyataan hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan