30.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

JPJ lapor polis hantaran tular cukai jalan digital palsu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat satu laporan polis berhubung hantaran palsu mengenai Lesen Kenderaan Motor (LKM) digital yang tular di media sosial.

JPJ menerusi kenyataan berkata, laporan itu dibuat supaya siasatan dapat dilakukan terhadap pemilik akaun tersebut bagi mengelakkan perkongsian kenyataan yang tidak betul dan mengelirukan pada masa hadapan.

Ini kerana katanya, hantaran tersebut adalah tidak benar dan mengelirukan orang ramai.

“Sepertimana kenyataan media Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke pada 10 Februari lalu, JPJ sedang dalam fasa interim pelaksanaan pendigitalan LKM dan Lesen Memandu Malaysia (LMM).

“Pemilik kenderaan dan pemandu yang telah bersedia digalakkan untuk beralih dari dokumen berbentuk fizikal kepada dokumen berbentuk digital,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

JPJ Walau bagaimanapun berkata, sepanjang tempoh interim ini, pemilik kenderaan dan pemandu masih diberi pilihan sama ada untuk menggunakan LKM atau LMM dalam bentuk digital atau terus kekal menggunakan dokumen berbentuk fizikal.

Katanya, orang ramai yang menggunakan dokumen digital tidak perlu bimbang jika ditahan agensi penguat kuasa termasuk polis untuk pemeriksaan.

“JPJ ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat hantaran atau berkongsi kandungan media sosial yang boleh mengelirukan banyak pihak.

“Orang ramai juga digalakkan supaya menyemak terlebih dahulu maklumat yang diperolehi untuk memastikan maklumat tersebut benar serta sahih melalui portal atau media sosial rasmi JPJ,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan