27.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Pemuda UMNO harap KWSP longgar syarat pengeluaran akaun 1

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO mengharapkan ihsan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) supaya melonggarkan syarat pengeluaran akaun satu pencarum dengan lebih meluas.

Berikut kenyataan penuh Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang dimuatnaik dalam Facebook beliau:

ASYRAF WAJDI DUSUKI

1. Ramai yang mengadu kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia termasuk yang hantar mesej kepada saya perihal syarat-syarat yang dikenakan oleh KWSP bagi membolehkan rakyat mendapat manfaat daripada pengeluaran wang mereka melalui Skim I-Sinar yang diumumkan semalam.

2. Melihat kepada ringkasan syarat permohonan i-Sinar yang dihantar kepada salah seorang pengadu, nampaknya semacam KWSP begitu rigid dan ketat dalam meletakkan syarat pengeluaran Akaun 1 pencarum.

3. Ramai yang terjejas teruk punca pendapatan tetapi tidak berada dalam kategori diberhentikan kerja atau ditangguh bayaran gaji.

Advertisements

4. Malah ramai yang menjadi pencarum selama puluhan tahun tetapi sudah tidak mencarum dalam tempoh Mac 2019 hingga Februari 2020 sebagaimana yang disyaratkan. Namun, hakikatnya mereka tetap berdepan dengan isu kelangsungan hidup akibat terjejas teruk sumber pendapatan lantaran kerugian perniagaan disebabkan pandemik. 

5. Kes-kes seperti ini adalah sebahagian sahaja daripada pelbagai kesengsaraan rakyat yang susah dan mengharapkan untuk mengeluarkan wang simpanan mereka daripada KWSP secara sekaligus untuk menyelesaikan banyak perbelanjaan dan komitmen yang tertunggak. 

6. Sebab itulah Pemuda UMNO mengharapkan ihsan pihak KWSP untuk memperlonggarkan syarat agar mengambil kira juga rakyat yang ketika ini benar-benar sengsara akibat kekangan punca pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup. 


#PemudaJurubicaraRakyat#TradisiMembelaRakyat

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan