26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Empat laporan polis babit harimau belang berkeliaran diterima

Difahamkan, haiwan liar tersebut berkeliaran di sekitar Batang Kali, Goh Tong Jaya, Serendah dan Kuala Kubu Bharu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS mengesahkan menerima empat laporan berhubung kejadian seekor harimau belang berkeliaran di sekitar Batang Kali, Goh Tong Jaya, Serendah dan Kuala Kubu Bharu di sini.

Sehubungan dengan itu, kata Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd Asri Mohd Yunus, pihaknya telah mengambil tindakan dengan memaklumkan semua kejadian itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk mengambil tindakan awal bagi memastikan keselamatan masyarakat terjamin.

“Perhilitan sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seekor harimau yang sedang berkeliaran dengan memasang beberapa kamera untuk mengenal pasti kedudukan haiwan liar itu.

Advertisements

“Berikutan itu, orang ramai dinasihatkan berwaspada dan berhati-hati ketika menjalankan aktiviti berkebun, mendaki bukit, memasuki hutan dan sebagainya.

“Orang ramai turut dinasihatkan supaya bertenang dan tidak gusar berhubung kejadian ini. Sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menghubungi terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641132,” katanya menerusi kenyataan di sini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelan Tindakan Industri Penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan