27.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Anggota RELA rebah ketika lintas hormat, meninggal dunia

Mesti Baca

SEORANG anggota Angkatan Sukarelawan Malaysia (RELA) rebah dan meninggal dunia selepas menyertai perbarisan sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan, pagi tadi.

Anggota terbabit, Muhammad Noh Muhammad Isa, 53, disahkan meninggal dunia oleh Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) kira-kira jam 10 pagi, akibat serangan jantung.

Allahyarham adalah ketua kontinjen RELA Negeri Sembilan dan dikatakan rebah selepas berjalan lalu melintasi pentas utama sebelum dikejarkan ke HTJ.

Ketua Polis Daerah Seremban, Arifai Tarawe berkata, pihaknya dimaklumkan oleh anggota bertugas kaunter aduan mengenai kes kematian seorang lelaki di Jabatan Kecemasan HTJ, pada jam 12.25 tengah hari ini.

Advertisements

“Siasatan awal mendapati si mati adalah anggota RELA berusia 53 tahun telah jatuh dan tidak sedarkan diri semasa perbarisan lintas hormat di Dataran Seremban, kira-kira jam 10 pagi tadi.

“Tiada sebarang unsur jenayah dikesan ketika pemeriksaan pada tubuh badan si mati.

“Bedah siasat dibuat dan Bahagian Forensik Hospital Tuanku Ja`afar Seremban mengesahkan punca kematian adalah disebabkan oleh masalah jantung ‘Coronary Artery Occlusion’,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelan Tindakan Industri Penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan