30.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Malaysia sedia buka semula kedutaan di Iraq

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Malaysia bersedia membuka semula kedutaan di Iraq selepas lebih dua dekad bagi membuka lembaran baharu hubungan dua hala kedua-dua negara.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, perkara tersebut dimaklumkan kepada rakan sejawatnya, Dr. Fuad Hussein ketika pertemuan dua hala antara kedua-dua pemimpin.

“Kami bersetuju untuk membina semula kerangka kerjasama antara dua negara yang mana kali terakhir termeterai pada 18 tahun yang lalu iaitu pada 2005.

“Di pihak Malaysia, kita bersedia membuka semula Kedutaan Malaysia di Iraq. Ini telah disambut baik Dr. Fuad dan delegasi yang percaya kehadiran Malaysia di bumi Iraq mampu menyuntik pelbagai kerjasama lain terutamanya dari segi ekonomi, pendidikan dan pelancongan,” katanya menerusi Facebook semalam.

Zambry mengadakan lawatan kerja rasmi selama tiga hari pada 23 hingga 25 Ogos lalu atas jemputan Dr. Fuad.

Advertisements

Itu merupakan lawatan pertama Zambry ke negara tersebut selepas menjawat jawatan sebagai Menteri Luar Negeri pada 2 Disember tahun lalu.

Zambry berkata, antara isu lain yang dibincangkan termasuklah berkaitan Petronas yang mempunyai beberapa projek kawasan minyak di negara berkenaan.

Selain itu katanya, beberapa isu melibatkan hal ehwal Petronas menjadi perhatian segera Kerajaan Iraq untuk dibantu dan diselesaikan. 

“Iraq sebagai negara keempat pengeluar minyak terbesar di dunia, pastinya pembukaan kedutaan akan mampu menyemarakkan lagi pelaburan antara kedua-dua negara dan meningkatkan lagi hasil dapatan Petronas.,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan