26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Bomba tangkap buaya 800 kg dijumpai di belakang sekolah

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Seekor buaya tembaga dengan berat dianggarkan 800 kilogram dan panjang 4.8 meter ditemukan di dalam longkang besar di belakang Sekolah Kebangsaan (SK) ST Edmund dekat Limbang, Sarawak malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak dalam hantaran Facebook berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Limbang ke lokasi kejadian kira-kira pukul 10.59 dan menemukan kedudukan buaya itu di dalam longkang berkenaan.

Katanya, mereka dimaklumkan pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC) di lokasi bahawa reptilia ganas itu telah ditembak oleh orang awam.

Bomba mengikut panjang buaya tembaga, semalam. Foto FACEBOOK JBPM SARAWAK

“Namun buaya tersebut masih hidup lalu dan SFC menghubungi pihak bomba untuk bantuan menangkap buaya tersebut.

Advertisements

“Pasukan bomba bertindak naik ke atas badan buaya lalu menutup matanya dengan kain dan seterusnya mengikat mulut serta kaki buaya bagi menyekat pergerakannya,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Kata kenyataan itu, setelah selesai, buaya tersebut diikat ditepi pagar dan diserahkan kepada pihak SFC untuk tindakan selanjutnya.

Tambahnya, operasi diketuai oleh PBKII Mohd Ali Mohd Salleh.

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan