33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Menabunglah saat senang untuk persiapan di kala susah – Dr Khairuddin

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menasihatkan pekebun kelapa sawit supaya membuat tabungan sebagai persiapan di waktu susah berikutan peningkatan harga minyak kelapa sawit dunia ketika ini.

Menurutnya, beliau dimaklumkan oleh seorang pekebun yang menguruskan ladang sawit dimiliki oleh ayahnya di bawah Felcra, pada ketika ini dia boleh menjual kelapa sawit lebih RM600 bagi  satu tan kelapa sawit.

Dr Khairuddin Aman Razali

Kata pekebun itu dengan gembira, dua hari sekali dapatlah duit.

“Moga ramai lagi yang bergembira pada saat ini. Menabunglah saat senang untuk persiapan di kala susah,” tulisnya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Untuk rekod, harga minyak sawit mentah pada 6 November 2020 mencapai harga RM3,429 setan.


Dalam hantaran Facebook berasingan, Dr Khairuddin berkata, sektor perladangan sawit dapat menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka khasnya kehilangan kerja dengan menggantikan warga asing di sektor itu.

Katanya, Institut Perladangan dan Komoditi boleh melatih tenaga kerja baru untuk berkecimpung dalam bidang itu.

“Selain itu, transformasi perusahaan getah dengan beralih kepada getah krip dan latek juga boleh menambah peluang pekerjaan di sektor getah,” jelasnya.

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan