32.3 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

City juara Piala Super UEFA

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER City muncul juara Piala Super UEFA buat kali pertama dalam sejarah kelab selepas menewaskan Sevilla 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas seri 1-1 dalam 90 minit perlawanan.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Karaiskakis di Athens, Greece awal pagi tadi menyaksikan Sevilla mendahului pada minit ke-25 menerusi jaringan Youssef En-Nesyri.

Bagaimanapun City bangkit menyamakan kedudukan selepas rehat menerusi jaringan pemain muda berusia 21 tahun, Cole Palmer yang menanduk masuk hantaran menarik pemain tengah, Rodri.

Untuk rekod, Palmer merupakan pemain kedua menjaringkan gol dalam perlawanan Piala Super UEFA dan Perisai Komuniti dalam tahun yang sama selepas Michael Owen melakukannya pada 2001.

Keputusan itu kekal dalam 90 minit perlawanan sekali gus mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Advertisements

Lucas Ocampos, Rafa Mir, Ivan Rakitic dam Gonzalo Montiel masing-masing berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk Sevilla.

Sementara itu, Erling Haaland, Julian Alvarez, Mateo Kovacic, Jack Grealish mudah menjaringkan penalti untuk City.

Kyle Walker yang ditugaskan mengambil sepakan penalti kelima City tidak berdepan masalah menewaskan Yassine Bounou namun penalti kelima Sevilla menyaksikan sepakan Nemanja Gudelj sekadar menggegar palang.

Ini sekali gus memberikan juara Eropah itu kemenangan sulung kejohanan tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan