29.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Tugas pemimpin UMNO kini kembalikan kepercayaan rakyat

UMNO sewajarnya membawa suara rakyat bukannya suara pemimpin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TUGAS pemimpin UMNO kali ini adalah untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada parti keramat itu.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, ini kerana ramai yang bercakap mengenai kekalahan UMNO yang besar berbanding dengan kemenangan besar parti lain.

“Maksud disini ramai yang masih sayangkan UMNO tetapi tidak percaya pada UMNO

“Justeru, tugas pemimpin UMNO kali ini adalah untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada UMNO,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Advertisements

Tegasnya, membawa suara rakyat perlulah diutamakan bukannya suara pemimpin

“Berani untuk berubah, jika kita tidak mahu UMNO terus dilupakan,”katanya.

UMNO menerima tamparan hebat semalam apabila hanya menang 19 daripada 108 kerusi yang ditandingi pada PRN di enam negeri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

SU Politik PM kecewa Malindo Air tutup pintu lebih awal

SETIAUSAHA Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kecewa apabila pesawat Malindo Air yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan