34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Warga asing maut tertusuk besi cerucuk, jatuh dari ketinggian 30m

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Seorang warga asing maut selepas dia terjatuh daripada ketinggian 30 meter dalam satu kejadian di tapak sebuah tapak pembinaan di sini, hari ini.

Jurucakap bomba, Mohd Farid Hudson berkata, setibanya anggota dilokasi kejadian, didapati terdapat seorang mangsa warga asing berumur lingkungan 30-an terjatuh daripada ketinggian 30 meter.

Mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh kakitangan KKM. foto JBPM Wilayah Persekutuan

Katanya, warga asing itu mengalami kecederaan dibahagian perut akibat tertusuk besi cerucuk bangunan.

Advertisements

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia),” katanya hari ini.

Beliau menambah, operasi menyelamat melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dan BBP Jalan Tun Razak.

Advertisements

Terkini

Rondaan Maritim Malaysia jadikan perairan negara lebih selamat

PENINGKATAN penguatkuasaan dan rondaan yang dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menjaga keselamatan perairan negara telah menjadikan...

Lagi Artikel Berkaitan