30.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Harga runcit petrol, diesel kekal

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HARGA runcit petrol dan diesel dilaporkan kekal bagi tempoh 3 Ogos 2023 hingga 9 Ogos 2023.

Kementerian Kewangan berkata, sepanjang tempoh itu, harga runcit petrol RON97 adalah RM3.37 seliter; RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol
RON95 dan diesel.

Advertisements

“Bagaimanapun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan MOF di sini.

Sehubungan dengan itu, MOF berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia.

“Dalam masa sama, kerajaan juga akan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sejauh mana kebebasan universiti dimanfaatkan mahasiswa?

Oleh DR ABDUL MUQIT MUHAMAMMAD KEBEBASAN akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat universiti. Tanpa kebebasan akademik, masyarakat universiti tidak akan...

Lagi Artikel Berkaitan