27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Ciap tanding PRK Pulai, Dominic dakwa akaun digodam

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mendakwa akaun Twitternya hari ini digodam individu yang tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, pentadbir akaun Twitter rasmi beliau sangat terkejut apabila melihat satu ciapan yang tidak dibuat pada pukul 12.37 tengah hari tadi.

“Pentadbir akaun Twitter rasmi (Dr. Dominic Lau) sangat terkejut apabila terdapat satu ciapan yang kurang hormat iaitu ‘Kalau saya tanding PRK (Pilihan Raya Kecil) Pulai ok tak?

“Untuk makluman, ciapan tersebut bukannya datang daripada Dominic Lau atau pentadbir yang sah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements
Tangkap layar Dominic Lau yang memaparkan beliau bertanya kemungkinan mahu bertanding di PRK Pulai susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub. – Edisi9/Media Sosial

Ciapan tersebut mengundang kemarahan orang ramai apatah lagi penyandang Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub baharu sahaja meninggal dunia malam tadi.

Dominic Lau berkata, pihak pentadbiran sedang mengesan punca insiden ini.

“Buat masa sekarang, protokol keselamatan yang terbaru telah diaktifkan termasuk penukaran kata laluan pada semua akaun media sosial rasmi beliau.

“Dalam pada itu, beliau akan membuat laporan polis mengenai isu ini dalam masa terdekat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lakukan ‘total cleansing’ kumpulan ajaran sesat, ekstrem agama

PIHAK berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) digesa melakukan total cleansing (sapu bersih) terhadap kumpulan ajaran sesat dan...

Lagi Artikel Berkaitan