32.3 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

2 suspek warga Singapura terlibat dikenal pasti

Mereka dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di sebuah stesen minyak dengan warga tempatan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA suspek warga Singapura yang terlibat dalam insiden perselisihan faham dengan seorang warga tempatan di sebuah stesen minyak di Iskandar Puteri pada 16 Jun lalu, telah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, terdahulu usaha mengesan kedua-dua suspek berkenaan turut mendapat bantuan daripada pihak Polis Singapura (SAF).

“Kejadian perselisihan faham yang tular itu berlaku pada 16 Jun lalu melibatkan pertengkaran mulut sekumpulan individu dikenal pasti sebagai warganegara Singapura dengan seorang warganegara Malaysia.

“Hasil siasatan, insiden perselisihan faham itu dikatakan berlaku apabila apabila kedua-dua suspek warga Singapura itu tidak berpuas hati dengan individu warga tempatan yang dikatakan lambat mengisi minyak motosikal,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Sehubungan dengan itu, kata beliau, kertas siasatan dibuka berhubung kes berkenaan dan akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden berkenaan.

“Bagaimanapun, bagi mereka yang memiliki sebarang maklumat atau menyaksikan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan,”katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan