27.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Bekas menteri Abdul Aziz Shamsuddin meninggal dunia

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, 82, meninggal dunia kira-kira pukul 11.52 malam tadi.

Memetik Bernama, perkara itu dimaklumkan di laman Facebook rasmi Majlis Perundingan Melayu (MPM).

“Solat jenazah akan diadakan di Bukit Damansara selepas solat subuh hari Sabtu, 17 Okt 2020 (hari ini). Namun demikian, kami mohon maaf SOP PKPB hanya mengizinkan 20 orang sahaja untuk melaksanakan solat jenazah.

“Jenazah akan dikebumikan di Gopeng, Perak,” menurut MPM dalam hantaran itu.

Advertisements

Menerusi hantaran itu juga, MPM memohon agar orang ramai dapat mendoakan allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan solihin.

Allahyarham menjawat jawatan Menteri Pembangunan Wilayah dan Bandar pada 2004 sehingga 2008, pernah menjadi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Arwah juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan