Wednesday, July 22, 2026

Negara jimat RM800 juta sejak laksanakan BUDI95 – Anwar

Langkah berani itu memastikan subsidi petrol hanya dinikmati rakyat Malaysia, dan tidak terus dihirup lebih 3.5 juta warga asing...

Mesti Baca

KEBERANIAN kerajaan melaksanakan Budi Madani RON95 (BUDI95) telah berjaya menjimatkan negara sebanyak RM800 juta setakat ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, sejak lebih 20 tahun lalu, penyasaran subsidi minyak telah dibincangkan oleh setiap kerajaan yang memerintah, namun tiada yang punyai keberanian dan tekad politik untuk melaksanakannya.

“Kerajaan MADANI telah mengambil langkah berani menerusi BUDI95 untuk memastikan subsidi ini hanya dinikmati rakyat Malaysia, dan tidak terus dihirup lebih 3.5 juta warga asing serta puluhan ribu liter yang diseludup ke luar negara,” katanya hari ini.

Sejak 30 September lalu Malaysia telah beralih kepada sistem subsidi bersasar petrol RON95 menerusi pelaksanaan Budi Madani RON95 (BUDI95).

Langkah itu membolehkan rakyat Malaysia menikmati petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter, lebih rendah berbanding harga semasa RM2.05 seliter.

Di bawah BUDI95, rakyat Malaysia yang mempunyai kad pengenalan boleh mendapatkan RON95 pada harga RM1.99 seliter sebanyak 300 liter sebulan.

Anwar berkata, menerusi penjimatan tersebut kemudian dipulangkan kembali kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Selain itu, jelas Perdana Menteri, hasil penjimatan itu juga bagi menaik taraf klinik dan hospital, memperbaiki jalan raya serta memperkukuh prasarana negara. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan