23.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

Rating pentadbiran Anwar naik 4 peratus, kata Merdeka Center

Mesti Baca

RATING penerimaan terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memasuki tahun kedua meningkat 4 peratus kepada 54 peratus berbanding 50 peratus bagi tempoh sama tahun lalu.

Hasil tinjauan yang dijalankan oleh Merdeka Center turut menyaksikan rating penerimaan terhadap Kerajaan Perpaduan meningkat 5 peratus kepada 51 peratus berbanding 46 peratus pada November tahun lalu.

“Pengundi secara amnya berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri dalam beberapa aspek, namun memberikan penilaian bercampur-campur apabila ditanya mengenai usaha memperkukuh ekonomi,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Merdeka Center juga mendapati rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan pimpinan Anwar ketika ini berada pada tahap 47 peratus.

Jelasnya, petunjuk ini sebahagian besarnya didorong oleh kebimbangan mengenai tekanan kos sara hidup dan termasuk pemotongan subsidi yang dijadualkan berlaku.

Katanya lagi, seperti sebelum ini, sentimen pengundi kekal tertumpu kepada isu ekonomi, di mana 65 peratus menyatakan ia sebagai masalah nombor satu dihadapi rakyat ketika ini.

Advertisements

“Sebanyak 53 peratus berpendapat negara sedang menuju ke arah yang salah, sementara bilangan pengundi yang berpendapat negara menuju ke arah yang betul meningkat sedikit pada 39 peratus berbanding 36 peratus pada November 2023.

“Sebab utama arah yang salah ialah isu ekonomi (47 peratus), ketidakstabilan politik (tujuh peratus) dan pentadbiran yang lemah, lapan peratus,” katanya.

Tinjauan oleh Merdeka Center dijalankan antara 27 November hingga 10 Oktober lalu, bertujuan mengukur persepsi pengundi terhadap perkembangan semasa.

Seramai 1,207 pengundi berdaftar terdiri daripada 52 peratus Melayu, Cina (29 peratus), India (tujuh peratus), masing-masing enam peratus Bumiputera Islam dan bukan Islam di Sabah dan Sarawak, yang mencerminkan profil pilihan raya negara, di temubual melalui talian tetap dan telefon mudah alih.

Responden dipilih berdasarkan persampelan rawak berstrata mengikut kumpulan umur, etnik, jantina dan kawasan pilihan raya negeri.

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan