23.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

Dua beradik banggakan negara di pertandingan robotik dunia

Mesti Baca

DUA adik beradik dari Akademi Robotik Jazro membanggakan negara apabila menduduki kelompok 20 terbaik dunia dalam Pertandingan Robotik MakeX di Shenzen, China baru-baru ini.

Kedua-dua mereka, Muhammad Adam Mikhael Azziddin, 11, dan adiknya, Putri Qayreen Sofea, 9, masing-masing menduduki tempat ke-15 dan 18 daripada 264 peserta dalam kategori Inspire Smart Logistics.

Dengan pencapaian tersebut, mereka layak menerima anugerah Skill Master Award yang disampaikan dalam bentuk sijil daripada jawatankuasa pertandingan berkenaan.

Ibu kedua beradik tersebut, Siti Paspa Mohamad Sofa berkata, beliau tidak membayangkan anak-anak mereka dapat mencapai ke tahap tersebut sebelum ini.

“Apabila kami mula-mula mendaftarkan mereka dalam kelas Jazro, kami melihatnya sebagai peluang untuk belajar.

“Kini, kami melihatnya sebagai laluan ke masa depan yang cerah dalam bidang teknologi yang boleh diterokai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Adam Mikhael ketika pertandingan MakeX Malaysia baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Jazro, Dzulfarqeish Zainuddin berkata, pencapaian kedua-dua beradik itu bukan sekadar kejayaan peribadi.

Sebaliknya, klata beliau, mereka mewakili potensi hebat anak-anak muda Malaysia apabila diberi peluang pendidikan yang sewajarnya.

“Misi kami di Jazro adalah untuk memupuk minda muda, mengubah rasa ingin tahu kepada inovasi.

Advertisements

“Kedudukan global ini membuktikan bahawa dengan bimbingan dan pendedahan yang betul, anak-anak kita boleh bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya.

Dalam pertandingan itu, Adam Mikhael dan Putri Qayreen perlu melalui tiga misi yang memerlukan peserta menggunakan robot untuk mengangkut kiub ke arah tertentu menggunakan pengawal Bluetooth.

Tugasan hanya diberitahu pada masa pertandingan sahaja, jadi adalah penting peserta hadir betul-betul bersedia dan ada kemahiran mengawal robot.

Peserta dinilai mengikut jumlah mata dikumpul dan masa yang diambil untuk menyelesaikan misi.

Kedua-dua beradik dari Sekolah Kebangsaan Kajang, Selangor itu mula belajar robotik apabila mendaftar dengan Jazro pada Mei tahun lalu.

Kedudukan ke-15 dan 18 tersebut merupakan lonjakan ketara daripada tempat ke-28 yang disandang oleh seorang peserta Malaysia pada tahun lalu.

Sebelum ke Shenzhen, Adam Mikhael sudah menjadi juara MakeX peringkat kebangsaan dalam Kategori Inspire manakala Putri Qayreen Sofea di tempat kedua, sekali gus melayakkan mereka beraksi di Shenzen.

Selain Malaysia turut bersaing dalam kategori tersebut ialah peserta tuan rumah, Emiriah Arab Bersatu, Filipina, India, Peru, Brazil dan Thailand. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan