30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 4, 2024

Saya ulang, kerajaan tidak guna dana syarikat swasta – Anwar

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa lawatannya rasminya ke luar negara tidak menggunakan dana syarikat swasta.

Sebaliknya, beliau menegaskan, pihaknya menggunakan syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan wang kerajaan sepenuhnya dengan kos RM1.6 juta.

Menurut beliau, baki tempat duduk ditawarkan kepada syarikat swasta yang sememangnya akan pergi ke negara-negara tersebut untuk tujuan pelaburan atau usaha sama.

“Syarikat ini bayar kos masing-masing berjumlah RM4.5 juta. Jika guna jet eksekutif kerajaan, kos perlu ditanggung kerajaan adalah RM2.5 juta untuk empat negara.

“Namun dengan perkongsian ini, kos untuk Kerajaan hanya RM1.6 juta. Saya ulang, kerajaan tidak guna dana syarikat swasta. Tiada perselisihan kepentingan. Usah terperangkap dalam fitnah zaman edan,” katanya menerusi media sosialnya hari ini.

Sebelum itu, Anwar dalam Dewan Rakyat berkata, kos sekitar 70 hingga 80 peratus yang dibelanjakan membabitkan perjalanan dan lawatan rasminya ke lima negara ditanggung oleh syarikat swasta yang turut mengikuti urusan itu.

Advertisements

Beliau berkata, ia pendekatan lain di bawah pentadbirannya untuk memastikan perbelanjaan bagi membiayai lawatan rasmi ke luar negara diuruskan dengan secekap mungkin.

Katanya, syarikat yang membantu membiayai kos perjalanannya adalah mereka yang mempunyai kepentingan perniagaan dan pelaburan di negara ini.

Ekoran itu pelbagai pihak melahirkan kebimbangan sekiranya pihak swasta yang membiayai kos lawatan Perdana Menteri tersebut menuntut balasan.

Ketua Pegawai Eksekutif C4 Center, M. Pushpan berkata, walaupun pertimbangan kewangan mungkin menjadi faktor utama keputusan itu, namun kerajaan juga seharusnya mengambil kira kemungkinan terjadinya perselisihan antara kepentingan kerajaan dan swasta.

Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil dipetik menjelaskan, kerajaan hanya menanggung RM1.662 juta daripada RM6.162 juta kos penerbangan khas Perdana Menteri ke lima negara.

Menurut Fahmi, kos yang ditanggung kerajaan itu adalah bersamaan 27 peratus manakala bakinya 73 peratus atau RM4.5 juta dibayar oleh delegasi perniagaan yang menyertai lawatan berkenaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bahasa kebangsaan identiti negara yang tidak wajar dipersoal

Oleh PROF MADYA DR SALINAH JAAFAR BAHASA Melayu atau bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.  Sewajarnyalah penggunaan...

Lagi Artikel Berkaitan