30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

Mesti Baca

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) dijangka mampu menarik lebih banyak sokongan pengundi muda.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, golongan belia mampu membawa perubahan yang progresif bagi meraih kemenangan kepada Kerajaan Perpaduan.

“Calon yang dipilih ialah wanita dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang politik.

“Kita mahu suara anak muda yang progresif dan mampu memberi kemenangan dalam PRK kali ini,” katanya pada Majlis Pengumuman Calon Perpaduan PRK Kuala Kubu Baharu malam tadi.

Dalam pada itu, Sock Tao, 31, berkata, dengan berbekalkan pengalaman dalam bidang politik selama enam tahun, beliau berharap mampu memberi kemenangan yang terbaik.

Nama Pang Sock Tao diumumkan dalam satu majlis di Kuala Kubu Baharu, malam tadi. – Foto FB Ahmad Maslan

Tambah anak jati Ampang, Selangor itu, prinsip untuk membina negara yang lebih maju merupakan agenda utama mereka.

Advertisements

“Saya mempunyai pengalaman politik dan pernah bekerja di beberapa kementerian.

“Menerusi pengalaman sedia ada saya yakin kita mampu membawa perubahan yang lebih positif di kawasan ini,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK DUN Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 11 Mei ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 27 April dan 7 Mei.

Kerusi DUN itu kosong susulan kematian Lee Kee Hiong pada 21 Mac lepas. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan