27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Dua helikopter TLDM bertembung, 10 kru dilapor terkorban

Mesti Baca

DUA helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilapor bertembung di udara sebelum kedua-duanya terhempas di Kompleks Sukan TLDM, Lumut, Perak pagi ini.

Menerusi satu kenyataan awal, helikopter jenis HOM dengan nombor pesawat M503-3 dan Fennec (M502-6) itu dikatakan bertembung semasa latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90.

Kenyataan itu berkata, kedua-dua pesawat tersebut telah berlepas dari Padang Sitiawan pada pukul 9.02 pagi.

“Pesawat HOM telah terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

“Bomba, 96 HAT dan Protela telah dikejarkan ke tempat kejadian,” kata kenyataan tersebut.

Advertisements
Tangkap layar kejadian dua helikopter bertembung di udara ketika latihan lintas hormat di Lumut, Perak.

Kenyataan itu berkata, kesemua mangsa iaitu tujuh kru dalam pesawat HOM dan tiga lagi dalam Fennec terkorban.

Sementara itu, rakaman video kejadian tersebut sempat dirakam dan mula tular menerusi media sosial.

Menerusi rakaman tersebut kelihatan tujuh helikopter sedang melintasi udara dalam bentuk formasi sebelum kedua-duanya bertembung.

Kelihatan serpihan daripada badan helikopter yang terhempas melayang jauh hingga terjatuh di lokasi rakaman. – Edisi 9

(Laporan lanjut menyusul)

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan