28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Lebih 80,000 pelancong Malaysia kunjungi Thailand sejak Jumaat

Mesti Baca

LEBIH 80,000 pelancong negara ini mengambil peluang musim cuti sekolah untuk melawat dan bercuti ke Thailand dengan melalui dua pintu sempadan di Kedah bermula Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata, setakat ini sebanyak 78,301 pengembara keluar ke negara jiran itu melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

Katanya, sebanyak 4,379 pengembara pula melalui ICQS Kota Putra, Durian Burung di Padang Terap.

“Kesesakan luar biasa berlaku di ICQS Bukit Kayu Hitam sejak Isnin.

Kesesakan ini berlaku disebabkan orang awam ingin menghabiskan masa cuti bersama keluarga di Thailand.

Advertisements

“Destinasi pilihan pengembara ini adalah Hatyai yang menjadi syurga makanan untuk pelancong dari Malaysia yang dikatakan murah dan sedap,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, JIM sentiasa bersedia menguruskan pengembara yang melalui pintu sempadan negara dengan membuka empat hingga enam kaunter kenderaan bergantung kepada kesesakan semasa.

Mohd Ridzzuan berkata, kesesakan di pintu sempadan negara juga dijangka terus meningkat sepanjang musim cuti sekolah ini dan cuti perayaan Krismas nanti.

“Saya menasihatkan pengembara untuk merancang waktu perjalanan dan menyemak dokumen perjalanan terlebih dahulu untuk mengelakkan kesulitan,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Fahmi kecam Meta turunkan bahan Anwar jumpa pemimpin Hamas

KERAJAAN Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Meta menurunkan bahan yang dimuat naik oleh media tertentu ke media sosial berhubung pertemuan...

Lagi Artikel Berkaitan