31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Sindiket sorok dadah dalam LED guna kurier, tumpas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS berjaya menumpaskan kegiatan sindiket dadah yang menyeludup barang terlarang itu ke luar negara dengan ‘menyembunyikan’ di dalam soket lampu LED sebelum menggunakan perkhidmatan kurier dan berselindung sebalik kedai menjual tayar.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, sindiket itu tumpas dalam dua operasi khas dilancarkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor kira-kira jam 5 petang pada 3 Oktober lalu hingga 3 pagi, 4 Oktober lalu.

Katanya, operasi pertama dibuat di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Senai, Kulai dan beberapa bungkusan dadah yang disembunyikan dalam soket lampu dirampas.

“Manakala operasi kedua dibuat di sebuah kedai tayar di kawasan Kempas sebelum tiga lelaki ditahan bersama sejumlah dadah.

“Dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing berumur 33 tahun hingga 40 tahun dipercayai ahli sindiket telah ditangkap bersama sejumlah rampasan dadah.

“Bagaimanapun hasil saringan ujian air kencing kedua-dua individu tersebut negatif daripada sebarang jenis dadah,”katanya dalam sidang akhbar, petang tadi.

Advertisements

Menurut Kamarul, hasil siasatan lanjut mendapati sindiket ini menjadikan kedai tayar berkenaan sebagai tempat pembungkusan dadah sebelum diedarkan menggunakan perkhidmatan kurier untuk dibawa ke luar negara.

Katanya, dalam operasi tersebut, polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah jenis syabu dalam 166 peket seberat 10.35 kilogram bernilai RM341,616 yang boleh digunakan seramai 51,760 penagih.

“Pihak polis turut menyita dua buah kereta; satu bentuk cincin (RM3,500), tiga jam tangan (RM4,500), wang tunai RM1,505 dan wang tunai Dollar Singapura 409 (RM1,414) dengan nilai keseluruhan sitaan sebanyak RM240,000,”katanya.

Beliau berkata, polis juga sedang mengesan dua lagi suspek iaitu seorang lelaki, Kong Boon Rui, 29, dan wanita, Jiang Bixia, 39, yang kedua-duanya beralamat di B-11-06, Wave Marina Cove, Jalan Sultan Aminah, Johor Bahru.

Katanya, semua suspek direman selama 12 hari bermula 4 Oktober lalu hingga 15 Oktober untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan