28.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Potter tolak peluang sertai Rangers

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKAS pengendali Chelsea, Graham Potter dilapor menolak tawaran mengendalikan kelab gergasi Scotland, Rangers bagi menggantikan pengurus sedia ada, Michael Beale.

Tawaran tersebut hadir selepas Potter menolak tawaran daripada kelab Ligue 1, Olympique Lyon minggu biarpun selepas mengadakan pertemuan dengan pemilik kelab Perancis tersebut.

Rangers bergelut pada awal musim ini apabila sekadar berada di tangga keempat Liga Premier Scotland selepas hanya merekodkan dua kemenangan dan dua kekalahan dalam empat perlawanan awal.

Paling menyedihkan, The Gers disingkir dalam pusingan kelayakan Liga Juara Juara Eropah (UCL) musim ini selepas dibelasah 5-1 oleh PSV Eidhoven dalam aksi timbal balik, sekali gus tewas dengan agregat 7-3.

Advertisements

Ia kemudiannya disusuli dengan kekalahan tipis 0-1 kepada musuh seteru, Celtic di Stadium Ibrox sebelum liga berhenti rehat untuk memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa minggu lalu.

Dan keputusan tersebut nyata memberi tekanan kepada Beale selaku pengurus kelab dengan portal The Sun melaporkan kelab berpangkalan di Glasgow itu bersetuju melepaskannya.

Namun begitu, portal itu berkata, Potter tidak mahu tergesa-gesa kembali dalam dunia kejurulatihan dan hanya mahu mengendalikan kelab berstatus UCL atau berpotensi layak ke kejohanan tertinggi kelab Eropah tersebut.

Bekas pengendali Swansea dan Ostersund itu sebelum ini juga menolak peluang menggantikan Brendan Rodger di Leicester City. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: 97 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab

SEBANYAK 97 peratus daripada 769 pengundi awal terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada...

Lagi Artikel Berkaitan