33 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Ahmad Dhani dijangka akan bertemu PM hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGASAS dan juga vokalis kugiran terkenal Indonesia Dewa 19, Ahmad Dhani, dijangka akan bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Penganjur Konsert A Night At The Orchestra Chapter 5 Live In Malaysia Dewa 19, Iman Tang, memaklumkan akan berkunjung ke Pejabat Perdana Menteri bersama Ahmad Dhani di Putrajaya.

Ia bertujuan untuk menyampaikan undangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk hadir menyaksikan konsert orkestra yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil malam ini.

“Kita akan ke PMO (Pejabat Perdana Menteri) untuk berjumpa PMX. Kebetulan esok ada acara Maulidur Rasul. 

“InsyaAllah…selepas itu Perdana Menteri datang. Sebenarnya dia memang nak jumpa Dhani dan Dhani pun nak jumpa dia. 

“Dulu kita jumpa juga di Jakarta. Kali ini sebagai tuan rumah dia (PMX) nak jumpa Ahmad Dhani,” katanya ketika ditemui pada sidang media, semalam.

Sementara itu, Ahmad Dhani yang juga pengasas kumpulan Dewa 19, berkata, dia berharap Datuk Seri Anwar boleh membuat perubahan besar kepada Malaysia.

Advertisements

Ahmad Dhani juga secara berseloroh mengatakan persamaan mereka yang pernah dipenjara turut boleh menjadi paradigma dalam mencipta kejayaan.

“Saya berharap besar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk boleh membawa dan mewujudkan harapan kepada rakyat Malaysia kerana Perdana Menteri pernah masuk penjara juga kan. 

“Cuma bezanya beliau 11 tahun, saya 11 bulan. Saya berharap Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri yang paling bagus dalam sejarah di Malaysia supaya saya juga boleh menjadi contoh di Indonesia,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad Dhani berpeluang bertemu Anwar sewaktu kunjungan beliau sempena Temu Anwar yang berlangsung di Jakarta pada awal bulan ini.

Ahmad Dhani dan anggota Dewa 19 bakal membawa kelainan dengan membawa 54 pemain orkestra bagi memukau baladewa dan baladewi di Malaysia pada malam ini.

Konsert orkestra itu juga ditambah seri dengan penampilan penyanyi-penyanyi tempatan seperti Sheila Amzah, Jaclyn Victor dan Amir Masdi yang masing-masing dijangka akan membawa dua lagu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kemarau: Elakkan pembakaran terbuka, guna air secara berhemah

ORANG ramai dinasihatkan agar mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka sepanjang Monsun Barat Daya yang akan melanda seluruh negara dijangka...

Lagi Artikel Berkaitan