28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

PRN: Cuti peristiwa jika PH-BN menang di Selangor – Amirudin

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PAKATAN Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan mengisytiharkan cuti peristiwa pada Isnin depan sekiranya gabungan itu memenangi pilihan raya negeri (PRN) di Selangor yang berlangsung esok.

Pengumuan tersebut diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi amanat khas yang disiarkan secara langsung hari ini.

“Dengan berbesar hati saya juga ingin mengumumkan bahawa sekiranya gabungan Kerajaan Perpaduan di Selangor yang terdiri daripada PH dan BN berjaya memenangi PRN Negeri Selangor pada 12 Ogos ini dan membentuk kerajaan negeri, kita bersetuju isytiharkan cuti peristiwa pada seluruh rakyat negeri tercinta ini pada 14 Ogos iaitu pada Isnin hadapan,” katanya hari ini.

PRN akan berlangsung di enam negeri esok melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Advertisements

Turut sama diadakan serentak adalah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu esok.

Sementara itu, Amirudin berkata, PRN esok merupakan penentu masa depan negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Anda mempunyai pilihan antara gabungan yang meneruskan kejayaan, kecemerlangan dan kemajuan negeri ini ataupun gabungan yang hanya berminat untuk menggunakan PRN untuk mencetuskan kegelisahan, kestabilan dan huru-hara politik negara.

“Terbukti tiada idea dan perancangan baharu untuk Selangor. Oleh itu, harus kita laksanakan amanah ini dengan rasa tanggungjawab,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan