31.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Nelayan asing hilang ditemui selamat

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEORANG nelayan warga Kemboja yang hilang ketika menangkap ikan ditemui selamat sekitar 90 batu nautika dari Pulau Tenggol, Terengganu kira-kira pukul 3 pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata, pihaknya menerima laporan daripada polis ibu pejabat daerah (IPD) Dungun mengenai kehilangan nelayan tersebut.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) telah diaktifkan pada pukul 2.30 petang semalam dengan mengatur gerak Kapal Maritim (KM) Gemia ke lokasi kejadian bagi membuat pencarian.

“Op Carilamat ditamatkan pada pukul 9 pagi setelah MRSC Kuantan menerima panggilan telefon daripada pengadu memaklumkan mangsa bersama bot kecil ditemui selamat lebih kurang jarak lima batu nautika barhampiran lokasi kejadian sekitar pukul 3 pagi semalam.

“Pengadu memaklumkan tekong bot berjaya menghubungi mangsa melalui walkie-talkie semasa usaha pencarian berdekatan lokasi kejadian.

Advertisements

“Mangsa memaklumkan bot kecil yang dinaikinya kehabisan minyak dan terputus hubungan dengan bot induk semasa melakukan aktiviti menangkap ikan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, mangsa, Yeng Sot, 41, disedari hilang bersama bot kecil oleh 19 awak-awak termasuk tekong pada waktu malam kelmarin.

Bot induk dan beberapa bot rakan mangsa terus membuat pencarian di sekitar lokasi kejadian sejurus mangsa disedari hilang dalam keadaan cuaca yang baik.

“Maritim Malaysia menyeru komuniti maritim yang ingin melakukan sebarang aktiviti di laut untuk sentiasa menitik beratkan aspek keselamatan dengan memakai jaket keselamatan dan menggunakan peranti Personal Locator Beacon (PLB).

“Sebarang aduan dan kejadian kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-571 7345,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Seorang maut dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail

SEORANG lelaki disahkan meninggal dunia manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pokok besar yang tumbang dan menghempap 17 buah...

Lagi Artikel Berkaitan