25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Wan Rakemi menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

DATUK Wan Rakemi Wan Zahari menang jawatan Ketua Umno Bahagian Tanah Merah dalam pemilihan parti bahagian itu yang berlangsung semalam.

Beliau memperoleh undi sebanyak 196 untuk mengalahkan dua pencabarnya iaitu Datuk Ir Shaari Hassan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gual Ipoh, Mohd Bakri Mustapha yang masing-masing memperoleh 158 undi dan 114 undi.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Akbar Salim berkata, pemilihan hari ini berjalan lancar dengan seramai 474 daripada 515 perwakilan mengundi.

“Seramai 474 daripada 515 perwakilan mengundi, hampir 90 peratus,” katanya.

Advertisements

Kemenangan Wan Rakemi membolehkan jawatan Ketua UMNO bahagian Tanah Merah yang kosong kini diisi selepas penyandangnya, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz keluar parti untuk menyertai BERSATU selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) empat tahun lalu.

“Selepas ini kita akan fokus untuk membina semula Umno Bahagian Tanah Merah dan seterusnya bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri Kelantan,” ujarnya.

UMNO Tanah Merah sebelum ini digantung tanpa dinyatakan alasan, berkuat kuasa 16 Jun 2020.

Keputusan menggantung UMNO bahagian itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti 16 Jun 2020. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan