26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

PAS tidak guna dana kerajaan negeri anjur rumah terbuka

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

RUMAH Terbuka Aidilfitri PAS Pusat di Kompleks PAS Kedah semalam dianjur melalui tidak menggunakan wang kerajaan negeri.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, majlis itu berbeza dengan Rumah Terbuka Malaysia Madani kerana ia 100 peratus anjuran PAS serta mengguna dana parti.

“Menu pun sedap-sedap tetapi menu-menu itu dibuat oleh kawasan dan negeri-negeri (PAS), kita tak pakai kementerian-kementerian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat di Kompleks PAS Kedah, semalam.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berkata, majlis rumah terbuka itu diadakan di premis parti bagi mengurangkan kos selain untuk berjimat cermat.

Advertisements

“Kita tak guna dana kerajaan negeri anjur Rumah Terbuka PAS. Saya nak maklum Perdana Menteri, kita buat jamuan di premis parti dengan perbelanjaan parti.

“Ini 100 peratus anjuran parti politik. Madani itu kerajaan guna untuk politik, kita guna parti politik untuk politik. Itu besar bezanya,” jelasnya.

Sanusi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, turut memaklumkan tiada kemudahan kerajaan negeri digunakan meskipun beliau adalah Menteri Besar di Kedah.

Ujar Sanusi lagi, kepimpinan hendaklah ditunjukkan melalui teladan selain mengotakan apa yang diucapkan.

“Rumah terbuka saya dan kerajaan negeri sepatah pun tak kempen PRN, ramai juga hadir, tahu dah mereka nak undi Perikatan Nasional (PN),” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TIGA wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan