27.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 30, 2023

MP BN kosongkan kerusi tidak benar, sudah tandatangan perjanjian

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (UMNO), Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan dakwaan bahawa ada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan ‘mengosongkan’ kerusi sebagai tidak benar sama sekali.

Ahli Parlimen Pontian itu menegaskan, semua Ahli Parlimen BN telah menandatangani perjanjian sebelum menjadi calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bahawa kerusi yang ditandingi adalah milik parti.

“Ya benar tiada MP BN yang mahu kosongkan kerusi. Lagi pun kami telah tandatangani perjanjian sebelum menjadi calon BN. 

“Bahawa kerusi yang ditandingi adalah milik parti. Maka parti UMNO dan BNberhak membawa hala tuju yang kami perlu akur. Kini, bersama Kerajaan Perpaduan adalah pilihan,” katanya pada hantaran di Facebook pada Ahad.

Semalam, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada ahli Parlimen BN yang akan meninggalkan parti.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, keputusan itu berdasarkan kaji selidik yang dilakukannya sejak mula desas-desus mengenai peletakan jawatan yang akan dilakukan 15 Ahli Parlimen untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan gabungan BN-Pakatan Harapan (PH).

Katanya, walaupun terdapat desas-desus mengenai 15 ahli Parlimen BN yang mahu meninggalkan kerajaan perpaduan namun perkara itu tidak akan berlaku. – Edisi 9

Terkini

Lima nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan negara

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu menahan sebuah bot nelayan asing ketika leka melakukan aktiviti menangkap...

Lagi Artikel Berkaitan