27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

MOTAC ingatkan jemaah jangan salah guna visa semasa musim haji

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menasihatkan umat Islam terutama bakal jemaah umrah di negara ini supaya tidak menyalahgunakan kemudahan visa pelancong dan visa umrah untuk tujuan menunaikan ibadah haji.

MOTAC dalam kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya turut mengingatkan syarikat pengendali umrah dan jemaah supaya menyelesaikan ibadah umrah sebelum sesi musim haji yang dijangka akan bermula minggu ketiga bulan Jun 2023.

“Peringatan ini diuar-uarkan bagi memastikan tiada jemaah umrah yang mengambil kesempatan untuk tinggal lebih masa (overstay) sehingga masuk ke musim haji.

“Perkara ini merupakan satu kesalahan di bawah peraturan Kerajaan Arab Saudi iaitu menunaikan ibadah haji tanpa mempunyai permit yang sah.

“Kerajaan Arab Saudi hanya mengiktiraf permit haji yang dikeluarkan oleh institusi bertauliah bagi setiap negara seperti Lembaga Tabung Haji (TH),” katanya.

Advertisements

Menurutnya, pihak terbabit juga perlu akur dengan peraturan semasa ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Selain itu, MOTAC turut memandang serius berhubung perkara berkenaan kerana ia melibatkan kepentingan dan keselamatan jemaah umrahserta berusaha menghalang berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

Katanya, selain ia juga bagi menjaga hubungan baik yang telah terjalin antara Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.

Justeru, MOTAC berkata, tindakan sewajarnya akan diambil jika terbukti ia melibatkan syarikat pengendali umrah yang dilesenkan oleh Kementerian.

“MOTAC menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang melancong dan mengerjakan umrah agar sentiasa menjaga nama baik negara semasa berada di luar negara,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan