27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Tingkat pemilikan tanah Bumiputera di Pulau Pinang – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN berhasrat untuk meningkatkan pemilikan hartanah Bumiputera serta memacu pembangunan tanah wakaf di Pulau Pinang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi memastikan hasrat itu dicapai, Kerajaan telah bersetuju untuk meluluskan peruntukan sebanyak RM200 juta secara dana pinjaman mudah.

Ujar beliau, sebagai permulaan, dana tersebut akan digunakan untuk membangunkan projek perumahan di atas tanah wakaf di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

“Selain itu, Kerajaan juga telah meluluskan peruntukan tambahan RM10 juta untuk membolehkan 1,000 pelajar Tahfiz mendapat latihan kemahiran dan pensijilan Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET).

“Besar harapan agar program ini berupaya melahirkan anak muda yang holistik serta lengkap dengan ilmu pengetahuan agama dan kemahiran teknikal,” katanya dalam Facebook malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang yang pertama bagi tahun 2023.

Advertisements

Ujar beliau, mesyuarat telah memutuskan beberapa keputusan melibatkan tindakan memperkasa sosioekonomi dan modal insan Bumiputera MADANI di Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Anwar turut memaklumkan persetujuan beliau melantik Tan Sri Khalid Ramli sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang yang baharu.

“Pelantikan ini dibuat selaras dengan kepakaran dan pengalaman beliau yang telah berkhidmat selama lebih 35 tahun dalam perkhidmatan awam.

“Semoga dengan peruntukan tambahan yang disediakan, Kerajaan Perpaduan dapat meningkatkan sosioekonomi serta taraf hidup Bumiputera di seluruh Negeri Pulau Pinang. Insya Allah,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

DSA 2024: Maritim Malaysia pamer operasi Carilamat secara VR

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal menampilkan konsep infotainment pengoperasian agensi tersebut para Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA)...

Lagi Artikel Berkaitan