31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Rumah Terbuka Malaysia MADANI Kedah redakan kebencian politik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff menyifatkan Rumah Terbuka Malaysia MADANI di Kedah berjaya meredakan suhu kebencian politik di kalangan rakyat.

Beliau melihat rakyat yang datang, sangat gembira kerana dapat bersalaman dan berswafoto tanpa mengira darjat.

“Mereka bergaul mesra tanpa mengira parti dan kecenderungan politik, agama dan kaum, dan kaya atau miskin.

“Bahagia sungguh hati menikmati suasana ini. Majlis ini bukan program vvip, bukan program kempen politik, tetapi majlis meraikan rakyat, dari rakyat dan untuk rakyat,”katanya yang turut hadir pada program berkenaan.

Menerusi hantaran di Facebook tersebut, Mohammad Agus turut menegaskan tidak ada pun pengunjung yang kisah tentang dakwaan menyatakan rumah terbuka berkenaan membazir, menggunakan duit rakyat dan sebagai kempen pilihan raya.

Advertisements

“Mana mungkin amalan mulia memberi makan dan menyantuni rakyat marhaen satu pembaziran. Lagi mulia kerana ia menyambung silaturahim sesama insan, hanya setahun sekali.

“Berjayakah program tadi? Jika ribuan yang hadir, tentunya berjaya. Malah, majlis tadi adalah promosi terbaik bagi negeri Kedah,”katanya.

Tambahnya lagi, selepas ini beliau berhasrat untuk turut meraikan majlis selanjutnya yang akan diadakan di UiTM Permatang Pauh (6 Mei), Seremban (7 Mei), Kota Bharu (12 Mei), Kuala Terengganu (13 Mei), dan kemuncaknya di Batu Caves pada 14 Mei.

“Setelah acara selesai, saya pulang dengan satu ungkapan, gembira dapat berjumpa dan beramah mesra dengan rakan seagama setelah sebulan berpuasa.

“Gembira dapat bergaul dengan rakyat dari pelbagai bangsa yang hadir, hebatnya Malaysia Madani,”kata Mohammad Agus. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Sumbangsih: JDT diberi kemenangan percuma

JOHOR Darul Ta’azim (JDT) bakal diberi kemenangan percuma 3-0 perlawanan pertama Liga Malaysia, sekali gus menjulang Piala Sultan Ahmad...

Lagi Artikel Berkaitan