28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 23, 2025

PM jemput hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput orang ramai untuk menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani bersama beliau di enam lokasi bermula Sabtu ini.

Jemputan itu dikongsi beliau menerusi catatan di Facebook dan Twitter beliau malam tadi.

“Semua dijemput hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani bersama YAB Perdana Menteri,” katanya.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, acara rumah terbuka di Kedah akan diadakan di Hotel Raia di Alor Setar dari 10 pagi hingga 2 petang.

Kemudian ia akan diteruskan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 6 Mei dan Dewan Majlis Bandaraya Seremban di Negeri Sembilan, esoknya.

Advertisements

“Penganjuran rumah terbuka di kedua-dua negeri akan berlangsung dari 11 pagi hingga 2 petang,” menurut Fahmi dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Tambah Fahmi, bagi penganjuran di Kelantan pula, ia akan diadakan di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu pada 12 Mei manakala acara di Terengganu berlangsung di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Kuala Terengganu pada 13 Mei.

Katanya rumah terbuka di kedua-dua negeri akan diadakan dari 7 malam hingga 10.30 malam.

Fahmi berkata kemuncak sambutan rumah terbuka itu akan berlangsung di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Sri Gombak di Batu Caves, Selangor pada 14 Mei dari 8 malam hingga 11 malam.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Hasil Aneka Jaringan rekod peningkatan 35.19 peratus

ANEKA Jaringan Holdings Berhad (Aneka Jaringan), pakar pembinaan bawah tanah dan asas, dengan mengumumkan peningkatan hasil sebanyak 35.19 peratus...

Lagi Artikel Berkaitan