28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Sidang Dewan Negara dilanjutkan hingga 11 April 2023

Mesti Baca

PERSIDANGAN Dewan Negara bagi Penggal Kedua Mesyuarat Pertama Parlimen ke-15 dilanjutkan sehingga 11 April ini, berbanding takwim asal yang dijadualkan berakhir pada 6 April 2023.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim berkata, beliau telah menerima satu perutusan berkait perkara berkenaan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua majlis.

“Selaras dengan Peruntukan Mesyuarat 10 (2), peraturan-peraturan mesyuarat supaya takwim Mesyuarat Dewan Negara yang sedang berjalan sekarang dipinda dengan menambah sebanyak dua hari lagi pada 10 dan 11 April iaitu Isnin dan Selasa.

“Saya meminta supaya Setiausaha Dewan mengedarkan pindaan takwim tersebut serta butirannya kepada Ahli Dewan Negara,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Advertisements

Persidangan Dewan Negara sebelum ini dijadualkan berlangsung selama 12 hari bermula 21 Mac dan tamat pada 6 April 2023.

Rais berkata, beliau juga menerima permohonan daripada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan untuk memberi laluan lebih awal kepada pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023.

“Oleh demikian saya membuat ketetapan bahawa sesi waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini akan di harakatkan sehingga bagi memberi ruang kepada Menteri Kewangan untuk membentangkan RUU Perbekalan 2023,” katanya.

Beliau berkata, laluan pembentangan itu diberikan susulan Perdana Menteri mempunyai tanggungjawab di luar negara. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan