30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

STR diperkenalkan, 130,000 rakyat termiskin dibantu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN memperkenalkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), khusus untuk membantu golongan B40.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hampir RM8 bilion akan diperuntukkan yang akan melibatkan sejumlah 8.7 juta penerima.

Menurutnya, menerusi inisiatif berkenaan, isi rumah pendapatan kurang RM2,500, layak menerima sumbangan bergantung kepada bilangan anak.

“Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih. Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600 kepada mereka.

“Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak terima sumbangan sehingga maksimum RM3,100,” katanya memetik laporan Astro AWANI.

Advertisements

Ahli Parlimen Tambun itu juga mengumumkan 2 juta orang belia berusia antara 18 hingga 20 tahun, akan ditawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan peruntukan RM400 juta.

Dalam pada itu, Anwar Ibrahim mengumumkan seramai 130,000 rakyat paling susah akan diberi bantuan dalam usaha untuk memastikan tiada lagi golongan miskin tegar di negara ini.

“Bantuan ini akan diberikan tanpa mengira latar belakang kaum.

“Kerajaan akan melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang akan menumpukan kepada pengupayaan golongan miskin supaya meningkatkan potensi pendapatan.

“Sejumlah RM750 juta peruntukan disediakan untuk tahun 2023 kepada Kementerian Ekonomi bagi menjayakan IPR,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan