29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

KKR cadang pelebaran PLUS berfasa dalam RMK-12

Walaubagaimanapun, kelulusan bagi peruntukan dana tersebut adalah tertakluk kepada pembentangan bajet baharu daripada Menteri Kewangan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) bercadang untuk melaksanakan projek pelebaran Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) secara berfasa pada Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe12) dengan anggaran kos sebanyak RM525 juta.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, cadangan berkenaan membabitkan projek pembinaan lorong tambahan PLUS dari Yong Peng Utara ke Senai Utara bagi Fasa 1 : Senai (U) – Sedenak.

“Walaubagaimanapun, kelulusan bagi peruntukan dana tersebut adalah tertakluk kepada pembentangan bajet baharu daripada Menteri Kewangan pada 24 Februari 2023 berdasarkan kepada keutamaan dan kedudukan kewangan Kerajaan,”katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat dari Datuk Seri Ir. Dr Wee Ka Siong (Ayer Hitam) pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat hari ini.

Advertisements

Ka Siong memohon Menteri menyatakan sama ada projek pelebaran Lebuh Raya Utara-Selatan dari Yong Peng ke Johor Bahru akan dilaksanakan dengan
membabitkan berapa kos dan adakah ianya akan membebankan rakyat melalui kutipan tol tambahan.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan untuk menaik taraf Laluan Lebuhraya Utara – Selatan daripada empat lorong kepada enam lorong diambil maklum dan telah diteliti oleh KKR memandangkan Level Of Service (LOS) telah mencapai LOS E hingga F (aliran trafik terlalu sesak) pada waktu hujung minggu dan musim perayaan.

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, sekiranya pelaksanaan pelebaran tersebut dilaksanakan dengan menggunakan dana Kerajaan, maka tiada kos di pihak syarikat konsesi bermaksud tiada tambahan tol kepada pengguna lebuh raya.

Ujar beliau, kos keseluruhan bagi kerja – kerja pelebaran lebuhraya PLUS daripada Ayer Keroh ke Johor Bahru sepanjang 195KM dianggarkan berjumlah
RM7.5 bilion. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan