28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Hassan perjelas isu gambar Anwar ‘makan besar’, daging unta

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

GAMBAR yang menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘makan besar’ yang ditularkan sejak beberapa hari lalu merupakan gambar lama dan bukan berlaku di Malaysia.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang turut bersama Anwar di dalam gambar tersebut berkata, ia berlaku di rumah seorang kerabat rapat pemimpin Qatar.

Beliau berkata, gambar tersebut dirakam sekitar tahun 2019 sebelum kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad tumbang.

“Gambar ini diambil ketika Anwar Ibrahim dan beberapa orang ahli Parlimen Parti Keadilan, pegawai-pegawai khas Anwar yang ketika itu bukannya Perdana Menteri.

“Ketua pembangkang pun belum jadi lagi. Anwar baru menang pilihan raya kecil Port Dickson. Gambar ini diambil di rumah seorang sheikh iaitu kerabat rapat sheikh pemerintah negara Qatar,” katanya hari ini.

Beliau mengulas penyebaran gambar yang menunjukkan Anwar dan rombongan dihidang dengan makanan begitu banyak di satu majlis yang tidak dijelaskan.

Hassan berkata, Anwar dan rombongannya telah dijemput ke rumah kenalan tersebut sebelum pulang ke Malaysia.

Advertisements

“Sebagai tetamu, Anwar dan rombongannya pun terperanjat dengan hidangan yang hebat seperti dalam gambar itu.

“Kami memahami itu mungkin budaya Arab. Kami makan bersila dalam pinggan yang kecil di hadapan dulang Besar dengan nasi Arab berlauk kambing bukannya unta. Ini di rumah sheikh Qatar bukan di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, Anwar ketika itu mengunjungi Doha atas jemputan Perdana Menteri Qatar selain menghadiri persidangan antarabangsa memperingati tokoh terkenal Malek bin Malek di universiti tersohor negara itu.

Sebelum itu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat satu hantaran di Facebook yang memfitnah Perdana Menteri.

Ini susulan gambar yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Sam MY semalam memaparkan gambar Anwar sedang makan bersama beberapa individu mendakwa rakyat disuruh makan menu Rahmah sedangkan Perdana Menteri menikmati hidangan daging unta.

Menurut Fahmi, pemilik akaun Facebook Sam My itu didapati berniat jahat dan sengaja menimbulkan prasangka buruk terhadap Perdana Menteri, dengan menyiarkan gambar berkenaan sambil mengaitkannya bersama saranan kerajaan supaya rakyat mengamalkan sikap berjimat cermat.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing

SEORANG pemilik sebuah stesen minyak didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana menjual barangan kawalan berjadual petrol RON95 kepada...

Lagi Artikel Berkaitan