24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

4 cedera bas bawa guru, pelajar MRSM Kuala Lipis terbalik

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

EMPAT orang cedera apabila sebuah bas milik Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Lipis terbabas dan terbalik di Kilometer 19 Jalan Lurah Bilut, Raub, Pahang malam tadi.

Mereka yang cedera terdiri daripada seorang pelajar perempuan dan tiga pelajar lelaki selain pemandu bas tersebut.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, bas tersebut dinaiki 31 orang termasuk seorang pemandu lelaki, dua guru lelaki, seorang guru wanita, 15 pelajar lelaki dan 12 pelajar perempuan.

“Sepasukan sembilan anggota dan pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama sebuah jentera FRT dan sebuah van Unit EMRS digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada pukul 8.50 malam.

“Kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran yang terbabas kerana melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik,” katanya hari ini.

Advertisements

Ujar JBPM Pahang lagi, kesemua mangsa yang cedera diberikan rawatan awal oleh Pasukan Bomba Unit EMRS sebelum dibawa ke Hospital Bentong.

Manakala mangsa yang terselamat pula dihantar ke MRSM Kuala Lipis dengan menggunakan bas lain.

Menurutnya, operasi ditamatkan pada jam 10.01 malam selepas keadaan dipastikan selamat.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan