25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Kibar bendera Malaysia, Israel video lama yang dimanipulasi

Nota Umrah DIY turut berkongsikan pautan video asal yang telah dimuat naik di media sosial lain pada 7 Januari 2020.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

RAKAMAN video yang memaparkan sekumpulan rakyat Malaysia menyanyikan lagu Negaraku sambil mengibarkan Jalur Gemilang bersama-sama bendera Israel adalah video lama tetapi dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk tujuan politik.

Pemilik akaun Facebook Nota Umrah DIY menjelaskan, video tersebut dirakam ketika kumpulan jemaah umrah DIY Jordan-Palestine menaiki kapal mengelilingi Tasik Galilee atau Tiberias di wilayah tersebut pada Disember 2019 lalu.

Kumpulan jemaah umrah terbabit juga menafikan bahawa rakaman video itu dibuat selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sepertimana ditular oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan politik.

“(Rakaman video) Diambil pada bulan Disember 2019 yang lepas dan tiada sebarang kaitan dengan Kerajaan Malaysia mahupun Israel sama ada kerajaan dahulu atau yang sekarang.

“Bagi mereka yang pernah mengikuti lawatan ke Palestine dan menaiki bot mengelilingi Tasik Galilee kebiasaannya akan melalui detik pengalaman yang serupa seperti mana yang telah kami lalui ketika itu.

“Ia berlaku secara spontan tanpa kami ketahui dari awal. Sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik kami lantas bangun berdiri apabila lagu Negaraku dikumandangkan walau di mana jua kami berada,” kata pentadbir Facebook tersebut.

Advertisements

Nota Umrah DIY turut berkongsikan pautan video asal yang telah dimuat naik dalam media sosial lain pada 7 Januari 2020.

Menceritakan kejadian tersebut, Nota Umrah DIY berkata, para jemaah begitu teruja apabila pihak pengendali kapal memainkan lagu Negaraku sebelum memulakan pelayaran, yang dikatakan amalan biasa dilakukan oleh mereka.

“Serentak itu bendera Malaysia dinaikkan. Teruja kali kedua, boleh pula kapten pasang selawat Nabi dan semua lagu berunsur islamik, ini wilayah ini dikuasi oleh Israel tapi jangan lupa mereka tetap musuh umat Islam,” memetik kenyataan video yang dimuatkan pada Januari 2020 itu.

Terdahulu, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan tentang isu penyebaran klip video berdurasi 47 saat yang jelas menunjukkan sekumpulan individu menyanyikan lagu Negaraku dan dalam masa yang sama bendera Malaysia dikibarkan seiring dengan bendera Israel.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood menjelaskan bahawa siasatan dijalankan ekoran daripada satu laporan polis yang diterima pada jam 11.20 malam kelmarin.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan