24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Ismail Sabri, Mohamad Hasan menang besar

Ismail Sabri menewaskan saingannya Abas Awang dari Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Asmawi Harun dari Perikatan Nasional (PN).

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bera dengan majoriti 16,695 undi.

Beliau menewaskan saingannya Abas Awang dari Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Asmawi Harun dari Perikatan Nasional (PN).

Ismail Sabri memperoleh 31,762 undi meninggalkan pencabarnya Abas Awang yang meraih 15,067 undi dan Datuk Asmawi Harun dengan 12,719 undi.

Parlimen itu menyaksikan peratusan pengundian sebanyak 77.90 peratus bersamaan 60,507 undi, bagaimanapun sebanyak 814 kertas undi ditolak.

Dalam PRU14 lalu, Ismail Sabri memenangi kerusi terbabit dengan majoriti 2,311 menewaskan pencabarnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.

Advertisements
Mohamad Hasan selepas membuang undi di Rembau.

Manakala, di Rembau pula, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya memenangi kerusi Parlimen Rembau dengan majoriti 19,887.

Beliau mendapat undian sebanyak 53,O75 dan menewaskan empat calon yang lain.

Calon Pakatan Harapan (Jufitri Joha) mendapat 33,178 undi, calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Nazree Mohd. Yunus (21,875.), calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Ramly Awalludin (529) dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Tinagaran.(779).

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan