32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

MBM sokong kenyataan PM gelar Israel negara Aparteid

MBM juga menyokong penuh kritikan YAB Perdana Menteri kepada kebisuan masyarakat global didalam isu Myanmar.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Belia Malaysia (MBM) menyokong sepenuhnya kenyataan yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke -77 di Ibu Pejabat PBB, New York.

Presidennya, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata, kenyataan Perdana Menteri yang menzahirkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Palestin dan menggelar Israel sebagai sebuah negara Aparteid adalah antara kenyataan yang berani, tegas, dan berprinsip yang pernah dikeluarkan oleh Malaysia.

“MBM juga menyokong penuh kritikan YAB Perdana Menteri kepada kebisuan masyarakat global didalam isu Myanmar, yang juga telah memberikan kesan kepada negara jiran khususnya dengan kehadiran pelarian Rohingya yang telah mencecah 200,000 di Malaysia.

“MBM mendesak ASEAN dan negara ahli ASEAN untuk mengambil langkah lebih tegas terhadap kerajaan junta Myanmar atas pencabulan hak asasi dan menafikan hak demokrasi rakyat Myanmar,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Ujar Mohd Izzat lagi, polisi tidak campur tangan yang diamalkan ASEAN juga tidak sepatutnya dijadikan alasan kepada segala pencabulan yang sedang berlaku di Myanmar.

“Kenyataan Perdana Menteri berkaitan undi Veto yang diamalkan Majlis Keselamatan PBB bukan sahaja mewakili Malaysia, malah aspirasi majoriti ahli negara PBB.

Advertisements

“Malaysia boleh dan seharusnya terus menjadi juara untuk reformasi institusi PBB dapat dilaksanakan.

Menurutnya, konsep Keluarga Dunia yang ditawarkan oleh Ismail Sabri kepada dunia juga inisiatif yang seharusnya disokong dan diperkembangkan.

“MBM mencadangkan idea Keluarga Dunia ini diinstitusikan sepertimana yang pernah dilaksanakan dengan kewujudan Pergerakan Kesederhanaan Global.

“Kenyataan tegas dan berprinsip yang dibawakan oleh YAB Perdana Menteri diharapkan akan terus meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati diperingkat global serta serantau.

Terdahulu, Ismail Sabri berucap menggunakan bahasa Melayu pada UNGA Ke-77 menjadikan beliau Perdana Menteri pertama yang berucap dalam bahasa Melayu di pentas berprestij PBB dan didengari di seluruh dunia.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan