24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Harap kerajaan jangan layan Muhyiddin – Najib

Fokus pada pemulihan ekonomi dan mengawal inflasi.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap agar kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak sesekali melayan permintaan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bahkan menurut Najib, dalam keadaan sekarang, kerajaan perlu memfokuskan kepada pemulihan ekonomi dan mengawal inflasi daripada memikirkan mengenai pelantikan tersebut.

“Adakah prioriti negara ketika ini untuk lantik Timbalan Perdana Menteri, menteri-menteri baharu, pelbagai jawatan baharu serta menubuhkan banyak lagi majlis-majlis dan jawatankuasa?

“Sedangkan PRU semakin dekat? Paling lama pun kurang setahun lagi. Saya faham kenapa dia terdesak sehingga tahap ini,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Najib mendakwa, permintaan Muhyiddin berkenaan dijadikan gula-gula untuk elak lebih ramai pemimpin Bersatu melompat keluar partinya seperti yang sedang berlaku sejak awal tahun ini.

“Harap kerajaan jangan layan. Fokus pada pemulihan ekonomi dan mengawal inflasi. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Advertisements

“Bukan jawatan didahulukan, berlambak majlis-majlis ditubuhkan,” katanya.

Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri untuk mengutarakan beberapa perkara penting termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, pertemuan itu telah diadakan beberapa hari lalu supaya perjanjian PN dengan Perdana Menteri sebelum ini, dapat dipertimbangkan.

“Saya telah berjumpa dengan Perdana Menteri beberapa hari yang lepas, di mana saya telah mengutarakan beberapa perkara penting termasuk soal pelantikan dalam kerajaan, bukan sahaja mengisi kekosongan tetapi termasuk pelantikan-pelantikan baharu.

“Kita tidak minta lebih daripada (perjanjian) itu tetapi hanya soal pelantikan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri, serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan-badan berkanun serta peruntukan kerajaan,” katanya

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan