25.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Pesakit dijangka meningkat menjelang kemuncak haji

Klinik KKM-TH itu menawarkan perkhidmatan kepada Maktab 48 dan 50 oleh 18 orang petugas kesihatan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JUMLAH pesakit membabitkan jemaah haji yang bakal dirawat di Klinik Kecemasan dan Pesakit Luar serta Pusat Rawat & Rehat di Hotel Land Premium dijangka meningkat menjelang kemuncak ibadah berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah berkenaan dijangka meningkat kepada 180 hingga 200 orang.

“Klinik ini menawarkan perkhidmatan kepada Maktab 48 dan 50 oleh 18 orang petugas kesihatan. Hotel ini juga menempatkan Pusat Rawat & Rehat yang mempunyai kapasiti 60 katil.

“Buat masa ini, jumlah pesakit harian di Klinik kecemasan dan pesakit luar adalah 153 kes sehari, dan jumlah ini dijangka meningkat kepada 180 hingga 200 orang sehari menuju ke kemuncak ibadah Haji dan juga selepas kemuncak ibadah Haji,” katanya menerus Facebook beliau malam tadi.

Noor Hisham berada di Tanah Suci bagi melihat sendiri operasi di fasiliti dan menyantuni petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)-Tabung Haji serta para jemaah haji yang sedang mendapatkan perkhidmatan di fasiliti tersebut.

“Alhamdulillah fasiliti ini sangat selesa dan diharapkan para jemaah yang mendapatkan konsultasi dan rawatan di sini berpuas hati dengan perkhidmatan terbaik yang ditawarkan. Semoga segala urusan dipermudahkan. InshaAllah,” kata beliau.

Dalam hantaran berlainan, beliau berkata, KKM telah membekalkan 3,000 pesakit ubat antiviral Paxlovid sebagai persediaan merawat jemaah haji yang dijangkiti Covid-19 semasa berada di tanah suci.

“Ubat ini akan dapat membantutkan keparahan jangkitan dan dapat segera memulihkan jemaah untuk melaksanakan ibadat Haji,” kata beliau.

-EDISI9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan